Hamba bertumbuh jadi dua.

Membawa sebuah nyawa.

Memupuk hidup yang nyata.


Walau bercak kaki hamba resah.

Mantap bergemerisik takkan goyah.

Tegak nan tegap melangkah.

 

Tatapan mata penuh dosa.

Menutup dua lubang telinga.

Tak hirau mulut-mulut berbicara.

 

Luruhkan semua harap dan pupuskan lara.

Singkirkan gundah gulana.

Bangkitkan senyum dan tawa.

 

Hamba satu yang jadi dua.

Bersua dalam suka dan cita.

Menyambut riang gembira.


Hamba sudah menjadi dua.

Hingga nanti saatnya tiba.

Semoga semua akan bahagia.

 

 

– Reen

11.47 pm

Advertisements